22 May 2009

Sudah Tidak Ada Mat Rempit!

Gejala Mat Rempit sudah melampau. Hampir setiap malam mereka beroperasi. Hampir setiap malam mereka menyusahkan orang ramai.

Banyak pehak sudah berusaha untuk mengatasi gejala ini. Ada yang cuba dengan cara membawa mereka ini membuat aktiviti-aktiviti keagamaan. Gagal juga. Membuat sekatan dan tangkapan setiap malam. Gagal juga. Malah polis pula dalam bahaya dirempuh oleh Mat Rempit. Ada yang mencadangkan dikenakan denda yang tinggi. Macam-macam lagi cadangan.

Akhir, dengan satu tindakan saja sudah tidak ada lagi Mat Rempit di Malaysia. Mulai 20 Mei 2009 mereka tidak lagi dikenali dengan Mat Rempit. Kini mereka dikenali dengan panggilan Samseng Jalanan.

22 February 2009

Belek juga diri sendiri

Seperti hari-hari Jumaat yang lain, pada hari Jumaat lepas Pak Ali ke pasar besar untuk membeli keperluan sayur dan ikan. Mungkin hari Jumaat adalah hari cuti Am bagi negeri ini, maka hari Jumaat memang ramai orang di pasar. Pada hari Jumaat juga terdapat banyak sayur dan ikan yang dijual.

Harga ikan pula sekarang ini sudah tidak seperti dulu. Ikan termenong (ada juga yang panggil ikan kembong) dulu boleh dapat dalam harga 3.00 atau 4.00 ringgit sekilo. Sekarang ini jangan mimpi hendak beli dengan harga itu. Paling murah pun 6 ringgit. Ada suatu ketika harganya melambung sehingga 11.50 sekilo. Kalaulah begini mahalnya harga ikan, agaknya nelayan yang menangkap ikan tidaklah sesusah sekarang ini seperti dulu-dulu juga. Nelayan tidak untung banyak. Yang untung peraih dan peniaga.

Sesuatu ketika dulu, dua atau tidak bulan sebelum diadakan PRU ke 12, ada juga pemuda-pemuda ber berbaju T kuning akan berkampung di Pasar ini meminta orang ramai menandatangani petisyen untuk memaksa Kerajaan menurunkan harga barang. Kononya harga barang naik kerana kerajaan yang menaikannya.

Pak Ali pernah juga dihampiri seorang pemuda berbaju T warna kuning.

Pemuda berbaju T kuning: " Pak Cik mari sama-sama kita petisyen untuk turun harga barang"

Pak Ali: " kalau sain harga boleh turun ka?"

Pemuda: " Kalau orang ramai minta, mesti kerajaan kita ikut."

Pak Ali: " Yang jual mahal tu peniaga, bukan Kerajaan..."

Pemuda: " Kerajaan boleh paksa peniaga turunkan harga."

Pak Ali: " Kalau macam tu, awak minta penyokong parti awak dulu menjual dengan harga murah. Kalau depa boleh tentu peniaga dari parti lain akan ikut. Janganlah minta orang lain jual murah, sedangkan peniaga dari parti sendiri masih juga ikut sama jual mahal."

Terdiam Pemuda tadi.....


Gedembai: Jangan nampak kesalahan dan kelemahan orang lain saja. Tengok juga pada dari sendiri.

19 February 2009

Lain ulu lain padang

Dari tadi Pak Ali ternanti-nanti kawannya Pak Hassan. Agak lama juga mereka tidak minum bersama di gerai kopi ini. Lama juga. Dah hampir empat lima bulan. Kopi susu atas meja depanya pun sudah kurang panas. Dihirupnya sikit kopinya. Matanya masih terpaku ke jalan raya. Masih mengharapkan kawannya datang.

Dalam menungnya menanti kawannya, Pak Ali teringat ke masa silam. Dulu-dulu keadaan politik di negeri ini tidaksekalut seperti sekarang. Yang menang dan yang kalah menerima ketentuan masing. Tunggu empat atau lima tahun akan datang untuk mengadu nasib. Untuk sabut timbul, untung batu timbul.

Sekarang ini yang kalah pun sudah berlagak seperti mereka menang. Mereka tuntut itu dan ini. Ada saja helah mereka untuk membuat yang menang tidak dapat menjalankan kewajiban. Bagitu juga yang memang. Mereka mencari jalan dan usaha agar yang kalah akan terus tenggelam. Bila begini keadaanya bila masa pula hendak berkhidmat untuk rakyat.

Pada hemat Pak Ali sekarang ini orang masuk berpolitik tidak lagi untuk berkhimat kepada masyarakat. Mereka berpolitik sebagai satu kerjaya. Berpolitik kerana "cari makan".

Gedembai: Ekonomi semakin gawat. Peniaga mengeloh kurang pelanggan. Bila perniagaan kurang memuaskan, pekerja terpaksa dihentikan. Apa nak jadi. Orang politik masih syok sesama kumpulan mereka.

03 February 2009

Dari mana datangnya?

Semalam aku mengantuk sangat. Agak-nya pukul 10.00 malam aku sudah pun terlena. Tak sempat aku melihat beberapa tayangan cerita / cereka yang ditayangkan di TV.

Tiba-tiba terjaga aku dari lena. Bunyi tembakan mercun dan bunga api terlalu bising. Agaknya bunyi tembakan bom di bumi Gaza pun boleh kalah.

Semalam (malam tadi) adalah malam kelapan perayaan Tahun Baru Cina. Sudah berlori-lori pehak berkuasa merampas mercun dan bunga api yang cuba diseludop masuk ke negara ini. Tetapi yang hairanya masih juga ada orang boleh main mercun dan bunga api.

Dari mana datangnya mercun dan bunga api ini. Tidak mungkin mereka membuat sendiri.

Hairan aku!