26 October 2008

Kerajaan perihatin!

Pak Ali: Dengar kata harga minyak petrol dan diesel nak diturunkan lagi oleh Kerajaan.

Pak Hassan: Betoi. Aku ada dengaq Menteri yang jaga harga barang cakap kat TV.

Pak Ali: Aku pun dengaq juga. Katanya penurunan tidak lebih dari 15 sen.

Pak Hassan: Tapi harga minyak dunia sekarang ini dah murah.

Pak Ali: Kerajaan kena fikir juga nasib penjual minyak tu. Kalau turun banyak sangat nanti depa rugi banyak, pasai nak kena jual dengan harga murah sedangkan stok lama banyak lagi.

Pak Hassan: Baik sungguh depa. Depa fikiaq sampai ke situ. Tapi masa depa penaik harga sebanyak 70 sen dulu depa tak fikiaq ka banyak mana pula penjual tu mendapat untung ketika menjual stok lama dengan harga baru?

Gedembai: Itulah tandanya Kerajaan yang membela rakyat.

01 September 2008

Kerana RM20.00

Pak Ali: Hang pi mana semalam?

Pak Hassan: Aku tak pi mana. Aku ada di rumah.

Pak Ali: Aku tengok rumah hang gelap saja.

Pak Hassan: Kami dok dalam gelap.

Pak Ali: Awatnya. Letrik kena potong ka?

Pak Hassan: Nak jimat letrik. Kalau tak sampai RM20.00 tak gaduh bayaq bil.

Gedembai: Jimat-jimat juga. Nak menyusahkan diri sapa suruh!

13 August 2008

Berbeda pulak

Pak Ali: Pelek sungguh .....

Pak Hassan: Apa yang pelek tu Ali?

Pak Ali: Hari-hari aku tengok dalam 'paper' ada cerita pasai politik wang semasa pemilihan dalam parti. Bukan peringkat tinggi. Peringkat Cawangan pun dah ada yang sanggup huluq duit untukbeli undi.

Pak Hassan: Dulu pelek. Sekarang dah tak pelek. Masing-masing nak pegang jawatan untuk senang dapat projek.

Pak Ali: Yang aku pelek tu, pasai kat cawangan aku, masing-masing tak mau jawatan.

Gedembai: Mungkin depa dah sedaq. depa tak mungkin dapat projek ....

22 May 2008

Dah dapat seperti yang diharapkan!

Sebelum ini, boleh dikatakan, ramai daripada penyokong Paklah mengharapkan Mantan Perdana Menteri berhenti mengeritik cara Paklah mentadbir Malaysia dan UMNO.

Setiap kali Paklah dikritik akan ada menteri atau ahli Majlis Tertinggi UMNO akan memarahkan kepada pengeritik. Bukannya mereka nak tolong Paklah menjawabkan kritikan itu. Ada satu ketika dulu ada seorang menteri alam Kebinet Paklah meminta Tun Dr. Mahathir keluar dari UMNO jika hendak kriitik Pemimpin UMNO.

Bila Tun Dr. Mahathir berhenti dari menjadi ahli UMNO semua orang termasuk Menteri berkenaan berpendapat Tun tak sepatutnya keluar parti.

Pelek juga!

10 March 2008

Berpeluang Tunai Janji

Mulai 9 Mac 2008 Kedah kini ditadbir oleh Parti Pas. Parti Pas adalah sebuah part politik yang telah berjaya mengekalkan pemerentahannya sejak berbelas-belas tahun di Kelantan. Parti ini jugalah yang hanya berupaya mentadir Trengganu untuk sepenggal sahaja.

Terima kasih khas ditujukan kepada mereka yang mengundi Parti Pas dalam PRU yang ke 12. Sokongan mereka telah memungkinkan rakyat negeri Kedah menikmati penurunan cukai tanah yang telah dinaikan dengan "tinggi"nya oleh kerajaan yang lalu.

Dalam kempen mereka (Parti Pas) telah antara lain berjanji untuk menurunkan kadar cukai tanah di Kedah. Bagi rakyat Kedah, janji ini memanglah diharapkan menjadi kenyataan. Kadar cukai tanah adalah urusan kerajaan negeri. Jadi senanglah dilaksakan.

06 March 2008

Masih Pilih

Abu: Apa macam? dah buat pilihan?
Hassan: Macam selalu juga. belum.
Abu: Hari tu kata nak berubah.
Hassan: Memang cadang tu nak berubah. Masa kos minyak naik hari tu pun kerajaan kata kita kena berubah cara hidup kita. Bagi aku kalau nak berubah, kita kena ubah kesemuanya.
Abu: Habih tu kenapa tak boleh buat pilihan lagi?
Hassan: Kita ni kalau nak berubah, kena berubah untuk yang lebih baik. Tapi aku tengok yang dok ada nih juga pilihan terbaik.
Abu: Betui ke?
Hassan: Yang satu tu cadang nak naikkan gaji minimum hingga RM1,500.00 ........
Abu: Baguih le tu.
Hassan: Baguih apa! Nak bunuh perniagaan aku tu. Mana aku nak cari RM3,000.00 sebulan untuk nak bayar 2 orang pekerja aku. Pendapatan aku pun tak sampai RM1,000.oo sebulan. Ada yang satu lagi nak jadikan negara kita nih negara kebajikan. Depa nak ambil mana tu nak bagi subsidi segala-segalanya kepada rakyat. Tentulah dari cukai. Naik cukai.... naik kos. Aku juga yang susah nak berniaga.
Abu: Habis tu.
Hassan: Pilih yang lama juga ler nampaknya.

05 February 2008

Dentuman Dah Bermula

Tahun Baru Cina bagi tahun ini (2008) hanya 2 hari lagi. Kaum Cina telah pun membuat persiapan. Pagar rumah pun sudah dicat baru.

Pada sebelah malam sudah pun boleh kedengaran bunyi dentuman mercun. Kerlipan bunga api selepas dentuman pun boleh juga dapat dilihat.

Kalau dalam akhbar kerap juga diberitakan pehak Kastam atau lain-lain pehak berkuasa berjaya merampas berkontena mercun yang cuba diseludup masuk ke negara kita, dari mana pula datangnya mercun yang berdentum sebelah malam itu datang?

Atau ada kemungkinan juga yang dapat dirampas satu kontena dan yang terlepas lebih dari itu.

Entah!

17 January 2008

Hilang ...

Sekarang ini boleh dikatakan seluruh negara bercakap mengenai peristiwa kehilangan seorang kanak perempuan. Budak ini dikatakan telah dilarikan oleh seseorang.

Sedang pehak polis berkejar kesana sini menyiasat kehilangan ini ada pulak sepuak lagi sebok juga. Puak ini sebok mencuri. Ada yang merompak kedai emas. Ada juga yang merompak dan memecah masuk ke pejabat-pejabat.

Pandai juga mereka ini mengambil kesempatan.