19 November 2007

Penyapu

Pada ketika ini, di mana-mana saja orang bercakap mengenai penyapu. Benda yang dimanakan penyapu ini bukanlah alatan rekaan baru. Bukanlah benda yang dibawa balik dari Angkasa lepas. Benda ini telah lama direka dan digunakan sebagai alat untuk membersih sampah atau yang seumpama dengannya.

Penyapu telah menarik perhatian orang sekarang ini kerana tindakan YAB Menteri Besar Selangor menghadiahkannya kepada Agensi Kerajaan yang tidak menunjukkan prestasi yang baik. Niat atau nawaitu pemberian ini bukanlah hendak menjatuhkan maruah sesiapa. Ianya adalah simbulik bahawa agensi berkenaan perlu melakukan pembersihan cara-cara anggotanya berkerja.

Orang ramai merungut mengatakan hadiah merupai penyapu tak sepatutnya diberikan kerana bagi sebahagian manusia hadiah seperti ini menghinakan. Dilapurkan juga Ketua agensi berkenaan rela bersara awal kerana perasaan seperti ini.

Oleh kerana niatnya baik, maka eloklah di masa-masa akan datang ditukarkan penyapu ini dengan "vacum cleaner" saja. Mungkin kurang bantahannya.

13 November 2007

Selamat Tinggal 1 sen

Dengar cerita mulai 1 April, tahun 2008 duit syiling 1 sen tidak boleh gunakan lagi. Harga barangan selepas tarikh itu akan digenapkan ke 5 sen.

Bila pengeluaran syiling 1 sen dihentikan, maka Kerajaan dapat membuat penjimatan yang agak banyak juga.

Tapi kalau ada 99 sen masih juga kurang 1 sen untuk dikatakan seringgit.

05 November 2007

Dah bermula

Masa untuk mereka cakap sudah bermula. Pelbagai kata-kata yang membangkit semangat akan kedengaran. Semuanya akan bermatlamat untuk memajukan bangsa.

Akan kedengaran untuk tepukan yang gemuruh. Gamat. Bila ada para perwakilan berucap dengan selitan lawak jenaka, yang dengar akan ketawa luas hingga ternampak anak lidah.

Bila habis persidangan, apa pun tidak ada perbezaan. Macam sebelum mereka bersidang juga.