tag:blogger.com,1999:blog-197385012024-03-14T15:38:23.313+08:00Gebang-gebang Kedai KopiPak Longhttp://www.blogger.com/profile/11412539779430671888noreply@blogger.comBlogger36125tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-53602093939923979862009-05-22T15:57:00.002+08:002009-05-22T15:58:47.380+08:00Sudah Tidak Ada Mat Rempit!Gejala Mat Rempit sudah melampau. Hampir setiap malam mereka beroperasi. Hampir setiap malam mereka menyusahkan orang ramai.

Banyak pehak sudah berusaha untuk mengatasi gejala ini. Ada yang cuba dengan cara membawa mereka ini membuat aktiviti-aktiviti keagamaan. Gagal juga. Membuat sekatan dan tangkapan setiap malam. Gagal juga. Malah polis pula dalam bahaya dirempuh oleh Mat Rempit. Ada yang mencadangkan dikenakan denda yang tinggi. Macam-macam lagi cadangan.

Akhir, dengan satu tindakan saja sudah tidak ada lagi Mat Rempit di Malaysia. Mulai 20 Mei 2009 mereka tidak lagi dikenali dengan Mat Rempit. Kini mereka dikenali dengan panggilan Samseng Jalanan.Pak Longhttp://www.blogger.com/profile/11412539779430671888noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-86176227120255643122009-02-22T12:46:00.003+08:002009-02-22T13:09:22.231+08:00Belek juga diri sendiriSeperti hari-hari Jumaat yang lain, pada hari Jumaat lepas Pak Ali ke pasar besar untuk membeli keperluan sayur dan ikan. Mungkin hari Jumaat adalah hari cuti Am bagi negeri ini, maka hari Jumaat memang ramai orang di pasar. Pada hari Jumaat juga terdapat banyak sayur dan ikan yang dijual.

Harga ikan pula sekarang ini sudah tidak seperti dulu. Ikan termenong (ada juga yang panggil ikan kembong) dulu boleh dapat dalam harga 3.00 atau 4.00 ringgit sekilo. Sekarang ini jangan mimpi hendak beli dengan harga itu. Paling murah pun 6 ringgit. Ada suatu ketika harganya melambung sehingga 11.50 sekilo. Kalaulah begini mahalnya harga ikan, agaknya nelayan yang menangkap ikan tidaklah sesusah sekarang ini seperti dulu-dulu juga. Nelayan tidak untung banyak. Yang untung peraih dan peniaga.

Sesuatu ketika dulu, dua atau tidak bulan sebelum diadakan PRU ke 12, ada juga pemuda-pemuda ber berbaju T kuning akan berkampung di Pasar ini meminta orang ramai menandatangani petisyen untuk memaksa Kerajaan menurunkan harga barang. Kononya harga barang naik kerana kerajaan yang menaikannya.

Pak Ali pernah juga dihampiri seorang pemuda berbaju T warna kuning.

Pemuda berbaju T kuning: " Pak Cik mari sama-sama kita petisyen untuk turun harga barang"

Pak Ali: " kalau sain harga boleh turun ka?"

Pemuda: " Kalau orang ramai minta, mesti kerajaan kita ikut."

Pak Ali: " Yang jual mahal tu peniaga, bukan Kerajaan..."

Pemuda: " Kerajaan boleh paksa peniaga turunkan harga."

Pak Ali: " Kalau macam tu, awak minta penyokong parti awak dulu menjual dengan harga murah. Kalau depa boleh tentu peniaga dari parti lain akan ikut. Janganlah minta orang lain jual murah, sedangkan peniaga dari parti sendiri masih juga ikut sama jual mahal."

Terdiam Pemuda tadi.....

Gedembai: Jangan nampak kesalahan dan kelemahan orang lain saja. Tengok juga pada dari sendiri.Gedembaihttp://www.blogger.com/profile/16535630818370273069noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-20493594527244455842009-02-19T12:16:00.002+08:002009-02-19T12:36:13.339+08:00Lain ulu lain padangDari tadi Pak Ali ternanti-nanti kawannya Pak Hassan. Agak lama juga mereka tidak minum bersama di gerai kopi ini. Lama juga. Dah hampir empat lima bulan. Kopi susu atas meja depanya pun sudah kurang panas. Dihirupnya sikit kopinya. Matanya masih terpaku ke jalan raya. Masih mengharapkan kawannya datang.

Dalam menungnya menanti kawannya, Pak Ali teringat ke masa silam. Dulu-dulu keadaan politik di negeri ini tidaksekalut seperti sekarang. Yang menang dan yang kalah menerima ketentuan masing. Tunggu empat atau lima tahun akan datang untuk mengadu nasib. Untuk sabut timbul, untung batu timbul.

Sekarang ini yang kalah pun sudah berlagak seperti mereka menang. Mereka tuntut itu dan ini. Ada saja helah mereka untuk membuat yang menang tidak dapat menjalankan kewajiban. Bagitu juga yang memang. Mereka mencari jalan dan usaha agar yang kalah akan terus tenggelam. Bila begini keadaanya bila masa pula hendak berkhidmat untuk rakyat.

Pada hemat Pak Ali sekarang ini orang masuk berpolitik tidak lagi untuk berkhimat kepada masyarakat. Mereka berpolitik sebagai satu kerjaya. Berpolitik kerana "cari makan".

Gedembai: Ekonomi semakin gawat. Peniaga mengeloh kurang pelanggan. Bila perniagaan kurang memuaskan, pekerja terpaksa dihentikan. Apa nak jadi. Orang politik masih syok sesama kumpulan mereka.Gedembaihttp://www.blogger.com/profile/16535630818370273069noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-64459299272220725142009-02-03T13:21:00.000+08:002009-02-04T13:32:07.424+08:00Dari mana datangnya?Semalam aku mengantuk sangat. Agak-nya pukul 10.00 malam aku sudah pun terlena. Tak sempat aku melihat beberapa tayangan cerita / cereka yang ditayangkan di TV.

Tiba-tiba terjaga aku dari lena. Bunyi tembakan mercun dan bunga api terlalu bising. Agaknya bunyi tembakan bom di bumi Gaza pun boleh kalah.

Semalam (malam tadi) adalah malam kelapan perayaan Tahun Baru Cina. Sudah berlori-lori pehak berkuasa merampas mercun dan bunga api yang cuba diseludop masuk ke negara ini. Tetapi yang hairanya masih juga ada orang boleh main mercun dan bunga api.

Dari mana datangnya mercun dan bunga api ini. Tidak mungkin mereka membuat sendiri.

Hairan aku!Gedembaihttp://www.blogger.com/profile/16535630818370273069noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-5077274502111833772008-10-26T13:02:00.003+08:002008-10-27T14:17:18.037+08:00Kerajaan perihatin!Pak Ali: Dengar kata harga minyak petrol dan diesel nak diturunkan lagi oleh Kerajaan.

Pak Hassan: Betoi. Aku ada dengaq Menteri yang jaga harga barang cakap kat TV.

Pak Ali: Aku pun dengaq juga. Katanya penurunan tidak lebih dari 15 sen.

Pak Hassan: Tapi harga minyak dunia sekarang ini dah murah.

Pak Ali: Kerajaan kena fikir juga nasib penjual minyak tu. Kalau turun banyak sangat nanti depa rugi banyak, pasai nak kena jual dengan harga murah sedangkan stok lama banyak lagi.

Pak Hassan: Baik sungguh depa. Depa fikiaq sampai ke situ. Tapi masa depa penaik harga sebanyak 70 sen dulu depa tak fikiaq ka banyak mana pula penjual tu mendapat untung ketika menjual stok lama dengan harga baru?

Gedembai: Itulah tandanya Kerajaan yang membela rakyat.Gedembaihttp://www.blogger.com/profile/16535630818370273069noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-28039681104263079122008-09-01T12:04:00.002+08:002008-09-01T12:13:00.406+08:00Kerana RM20.00Pak Ali: Hang pi mana semalam?

Pak Hassan: Aku tak pi mana. Aku ada di rumah.

Pak Ali: Aku tengok rumah hang gelap saja.

Pak Hassan: Kami dok dalam gelap.

Pak Ali: Awatnya. Letrik kena potong ka?

Pak Hassan: Nak jimat letrik. Kalau tak sampai RM20.00 tak gaduh bayaq bil.

Gedembai: Jimat-jimat juga. Nak menyusahkan diri sapa suruh!Gedembaihttp://www.blogger.com/profile/16535630818370273069noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-39923732692921649932008-08-13T13:53:00.003+08:002008-08-14T14:32:26.009+08:00Berbeda pulakPak Ali: Pelek sungguh .....

Pak Hassan: Apa yang pelek tu Ali?

Pak Ali: Hari-hari aku tengok dalam 'paper' ada cerita pasai politik wang semasa pemilihan dalam parti. Bukan peringkat tinggi. Peringkat Cawangan pun dah ada yang sanggup huluq duit untukbeli undi.

Pak Hassan: Dulu pelek. Sekarang dah tak pelek. Masing-masing nak pegang jawatan untuk senang dapat projek.

Pak Ali: Yang aku pelek tu, pasai kat cawangan aku, masing-masing tak mau jawatan.

Gedembai: Mungkin depa dah sedaq. depa tak mungkin dapat projek ....Gedembaihttp://www.blogger.com/profile/16535630818370273069noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-5635504561442788872008-05-22T12:32:00.002+08:002008-05-22T12:43:16.214+08:00Dah dapat seperti yang diharapkan!Sebelum ini, boleh dikatakan, ramai daripada penyokong Paklah mengharapkan Mantan Perdana Menteri berhenti mengeritik cara Paklah mentadbir Malaysia dan UMNO.

Setiap kali Paklah dikritik akan ada menteri atau ahli Majlis Tertinggi UMNO akan memarahkan kepada pengeritik. Bukannya mereka nak tolong Paklah menjawabkan kritikan itu. Ada satu ketika dulu ada seorang menteri alam Kebinet Paklah meminta Tun Dr. Mahathir keluar dari UMNO jika hendak kriitik Pemimpin UMNO.

Bila Tun Dr. Mahathir berhenti dari menjadi ahli UMNO semua orang termasuk Menteri berkenaan berpendapat Tun tak sepatutnya keluar parti.

Pelek juga!Gedembaihttp://www.blogger.com/profile/16535630818370273069noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-70167321936217621782008-03-10T17:57:00.002+08:002008-03-10T18:07:50.265+08:00Berpeluang Tunai JanjiMulai 9 Mac 2008 Kedah kini ditadbir oleh Parti Pas. Parti Pas adalah sebuah part politik yang telah berjaya mengekalkan pemerentahannya sejak berbelas-belas tahun di Kelantan. Parti ini jugalah yang hanya berupaya mentadir Trengganu untuk sepenggal sahaja.

Terima kasih khas ditujukan kepada mereka yang mengundi Parti Pas dalam PRU yang ke 12. Sokongan mereka telah memungkinkan rakyat negeri Kedah menikmati penurunan cukai tanah yang telah dinaikan dengan "tinggi"nya oleh kerajaan yang lalu.

Dalam kempen mereka (Parti Pas) telah antara lain berjanji untuk menurunkan kadar cukai tanah di Kedah. Bagi rakyat Kedah, janji ini memanglah diharapkan menjadi kenyataan. Kadar cukai tanah adalah urusan kerajaan negeri. Jadi senanglah dilaksakan.Gedembaihttp://www.blogger.com/profile/16535630818370273069noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-9097544700107378152008-03-06T10:35:00.002+08:002008-03-06T10:47:58.654+08:00Masih PilihAbu: Apa macam? dah buat pilihan?
Hassan: Macam selalu juga. belum.
Abu: Hari tu kata nak berubah.
Hassan: Memang cadang tu nak berubah. Masa kos minyak naik hari tu pun kerajaan kata kita kena berubah cara hidup kita. Bagi aku kalau nak berubah, kita kena ubah kesemuanya.
Abu: Habih tu kenapa tak boleh buat pilihan lagi?
Hassan: Kita ni kalau nak berubah, kena berubah untuk yang lebih baik. Tapi aku tengok yang dok ada nih juga pilihan terbaik.
Abu: Betui ke?
Hassan: Yang satu tu cadang nak naikkan gaji minimum hingga RM1,500.00 ........
Abu: Baguih le tu.
Hassan: Baguih apa! Nak bunuh perniagaan aku tu. Mana aku nak cari RM3,000.00 sebulan untuk nak bayar 2 orang pekerja aku. Pendapatan aku pun tak sampai RM1,000.oo sebulan. Ada yang satu lagi nak jadikan negara kita nih negara kebajikan. Depa nak ambil mana tu nak bagi subsidi segala-segalanya kepada rakyat. Tentulah dari cukai. Naik cukai.... naik kos. Aku juga yang susah nak berniaga.
Abu: Habis tu.
Hassan: Pilih yang lama juga ler nampaknya.Gedembaihttp://www.blogger.com/profile/16535630818370273069noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-26512978835504471882008-02-05T12:10:00.001+08:002008-02-05T12:10:55.634+08:00Dentuman Dah BermulaTahun Baru Cina bagi tahun ini (2008) hanya 2 hari lagi. Kaum Cina telah pun membuat persiapan. Pagar rumah pun sudah dicat baru.

Pada sebelah malam sudah pun boleh kedengaran bunyi dentuman mercun. Kerlipan bunga api selepas dentuman pun boleh juga dapat dilihat.

Kalau dalam akhbar kerap juga diberitakan pehak Kastam atau lain-lain pehak berkuasa berjaya merampas berkontena mercun yang cuba diseludup masuk ke negara kita, dari mana pula datangnya mercun yang berdentum sebelah malam itu datang?

Atau ada kemungkinan juga yang dapat dirampas satu kontena dan yang terlepas lebih dari itu.

Entah!Pak Longhttp://www.blogger.com/profile/11412539779430671888noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-50254822649949649372008-01-17T13:30:00.000+08:002008-01-17T13:36:33.133+08:00Hilang ...Sekarang ini boleh dikatakan seluruh negara bercakap mengenai peristiwa kehilangan seorang kanak perempuan. Budak ini dikatakan telah dilarikan oleh seseorang.

Sedang pehak polis berkejar kesana sini menyiasat kehilangan ini ada pulak sepuak lagi sebok juga. Puak ini sebok mencuri. Ada yang merompak kedai emas. Ada juga yang merompak dan memecah masuk ke pejabat-pejabat.

Pandai juga mereka ini mengambil kesempatan.Gedembaihttp://www.blogger.com/profile/16535630818370273069noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-16778947504271044482007-11-19T16:18:00.000+08:002007-11-19T16:30:57.532+08:00PenyapuPada ketika ini, di mana-mana saja orang bercakap mengenai penyapu. Benda yang dimanakan penyapu ini bukanlah alatan rekaan baru. Bukanlah benda yang dibawa balik dari Angkasa lepas. Benda ini telah lama direka dan digunakan sebagai alat untuk membersih sampah atau yang seumpama dengannya.

Penyapu telah menarik perhatian orang sekarang ini kerana tindakan YAB Menteri Besar Selangor menghadiahkannya kepada Agensi Kerajaan yang tidak menunjukkan prestasi yang baik. Niat atau nawaitu pemberian ini bukanlah hendak menjatuhkan maruah sesiapa. Ianya adalah simbulik bahawa agensi berkenaan perlu melakukan pembersihan cara-cara anggotanya berkerja.

Orang ramai merungut mengatakan hadiah merupai penyapu tak sepatutnya diberikan kerana bagi sebahagian manusia hadiah seperti ini menghinakan. Dilapurkan juga Ketua agensi berkenaan rela bersara awal kerana perasaan seperti ini.

Oleh kerana niatnya baik, maka eloklah di masa-masa akan datang ditukarkan penyapu ini dengan "vacum cleaner" saja. Mungkin kurang bantahannya.Gedembaihttp://www.blogger.com/profile/16535630818370273069noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-10676956219794280612007-11-13T20:04:00.000+08:002007-11-13T20:11:10.221+08:00Selamat Tinggal 1 senDengar cerita mulai 1 April, tahun 2008 duit syiling 1 sen tidak boleh gunakan lagi. Harga barangan selepas tarikh itu akan digenapkan ke 5 sen.

Bila pengeluaran syiling 1 sen dihentikan, maka Kerajaan dapat membuat penjimatan yang agak banyak juga.

Tapi kalau ada 99 sen masih juga kurang 1 sen untuk dikatakan seringgit.Gedembaihttp://www.blogger.com/profile/16535630818370273069noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-57517061116289635262007-11-05T23:17:00.000+08:002007-11-05T23:23:17.652+08:00Dah bermulaMasa untuk mereka cakap sudah bermula. Pelbagai kata-kata yang membangkit semangat akan kedengaran. Semuanya akan bermatlamat untuk memajukan bangsa.

Akan kedengaran untuk tepukan yang gemuruh. Gamat. Bila ada para perwakilan berucap dengan selitan lawak jenaka, yang dengar akan ketawa luas hingga ternampak anak lidah.

Bila habis persidangan, apa pun tidak ada perbezaan. Macam sebelum mereka bersidang juga.Gedembaihttp://www.blogger.com/profile/16535630818370273069noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-89979421011974299672007-07-29T14:29:00.000+08:002007-07-29T14:57:20.526+08:00Tulislah yang elok-elokDalam surat khabar, sejak akhir-akhir ini macam sangat tersiar berita mengenai "Blogger" dengan "blognya". Ianya menjadi isu berita akhbar sejak laporan polis yang dibuat oleh Pegawai Penerangan UMNO, Malaysia terhadap pengendali blog " Malaysia dot net".

Laporan yang dibuat oleh Pegawai Penerangan UMNO, Malaysia, kerana katanya "Malaysia dot net" menghina Yang di-Pertuan Agong dan Agama Islam.

Aku setuju sangat dengan tindakan Pegawai Penerangan UMNO, Malaysia itu. Sememangnya sebagai rakyat Malaysia sesiapa pun akan marah bila Yang di-Pertuan Agong dihina. Semua orang Islam akan marah bila agama Islam dihina.

Yang aku terkilan sikit ialah mengapa UMNO sahaja yang marah, sedangkan Yang di-Pertuan Agong pun Raja juga bagi parti politik lain seperti MCA, Gerakan, DAP, KeAdilan dan sebagainya. Kalau masa ke balai polis untuk membuat laporan hari tu, Pegawai Penerangan UMNO, Malaysia, bawa juga pemimpin parti politik dalam BN yang lain sama lagi baik.

Kerajaan tidak menghalang orang hendak menulis dalam blog. Tetapi hendaklah tulis perkara yang tidak menyakit hati orang. Aku berjanji pada diri aku sendiri aku akan tulis mengenai yang baik-baik sahaja.

Di kedai-kedai kopi sekarang ini orang dok sembang mengenai pilihanraya sudah dekat. Depa kata, depa yakin dekat sangat kerana depa tengok ramai juga wakil rakyat sudah mula melawat kawasan. Yang berangan nak jadi wakil rakyat pun ada juga dok tinjau-tinjau.

Kalau aku tulis mengenai perkara ini, tentulah ianya akan dianggap tak elok, kerana wakil rakyat tinjau kawasan bukan kerana pilihanraya dah dekat. Memang kawasan dia, dia kena tinjaulah, walaupun sebelum ini dia tak tinjau kerana sebuk.Pak Longhttp://www.blogger.com/profile/11412539779430671888noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-85473761027736873072007-02-23T22:19:00.000+08:002007-02-23T22:29:28.121+08:00Menanti Penoh HarapanBaginilah keadaannya setiap pagi. Tajuk bualan beberapa orang pelanggan tetap gerai ini ialah mengenai kenaikan gaji. Mereka mengharapkan kenaikan gaji yang telah banyak kali dihebohkan akan diberikan oleh kerajaan.

Mereka tahu pehak kesatuan sekerja yang menjadi harapan mereka untuk berjuang kenaikan gaji telah pun mengemukakan permohonan. Kerajaan pun sudah berjanji akan memberi perhatian dan menunaikannya mengikut kadar kemampuan kerajaan.

Bila ditanya adakah mereka yang mengharapkan perjuangan kesatuan itu ahli kesatuan. Mereka dengan selamba akan menjawab "tidak".

Mereka hanya mengharap orang lain berjuang dan mereka memungut hasil.

Gedembai: Kalau kenaikan gaji yang diharapkan itu hanya beberapa peratus dan tidak seperti yang mereka impikan, marahnya kepada kesatuan.Pak Longhttp://www.blogger.com/profile/11412539779430671888noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-1168745747483941502007-01-14T11:29:00.000+08:002007-01-14T11:35:47.496+08:00Kerana KemiskinanSeorang pelajar tahun enam disebuah sekolah di Miri, Serawak telah menggantung dirinya. Tindakannya membunuh diri adalah dipercayai kerana keciwa tidak mempunyai wang untuk membayar yuran sekolahnya. Ketika pemerintah melaungkan berbillion ringgit telah tersedia untuk projek-projek dalam Rancangan Malaysia ke 9, rupanya ada lagi yang miskin sehingga hendak bayar yuran sekolah pun tak berkemampuan.Pak Longhttp://www.blogger.com/profile/11412539779430671888noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-1166328240457696582006-12-17T11:56:00.000+08:002006-12-17T12:04:00.470+08:00Cajnya berpatutan!Pak Abu: Mulai tahun 2007 caj toll beberapa lebuhraya di Lembah Klang dinaikan.

Pak Ali: Kesian kat anak aku. Susut lagilah pokt dia. Kenaikan tu dengar kata di antara 20% hingga 60%.

Pak Abu: Kerajaan kata dengan kenaikan caj itu pun cajnya masih rendah jika dibandingkan dengan caj yang dikenakan oleh negara-negara lain.

Pak Ali: Kalau awak hendak beli baju, mengapa awak ukur dibadan orang lain? Tengok dulu pendapatan bulanan diaorang sama dengan kita ke?

Pak Abu: Depa kata murah sebab dibandingkan dengan pendapatan depa.

Gedembai: Ikut suka awaklah labu .....Pak Longhttp://www.blogger.com/profile/11412539779430671888noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-1164604674352354872006-11-27T13:02:00.000+08:002006-11-27T13:17:54.366+08:00Sekadar Nak Bagi Dunia TahuAntara lain YAB. Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib dilaporkan berkata....( ketika berucap melancarkan akhbar Kosmo! peringkat negeri Pahang) "Kita sebagai pemimpin, sebagai manusia biasa pun, kalau tidak ada pihak yang sanggup menegur kita, mu.ngkin kita akan terbawa-bawa dengan kedudukan kita," (lihat .http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=232314)

Pak Abu: Hang nak pi mana ni Mat. Galas kamera sampai dua biji tu?

Mat: ( Mat ialah seorang wartawan sambilan ) Nak pi Kuala Kedah. Cari berita pasai feri berlanggar tu.

Pak Abu: Hangpa la nih kerana pandai cari berita. hangpa la ni dah boleh tulis pandangan orang ramai terharap kerajaan. Kerajaan dah sanggup dengar rungutan rakyat.

Mat. Kita tulis pun bukannya dijamin diterima untuk siaran oleh Pengarang. Pengarang masih tak berani tak kritik.

Pak Abu: Betui juga. Kalau depa secara jujurnya sanggup dengar kritikan rakyat tentu depa tak layan Tun Dr. Mahathir macam depa dok buat la ni. Surat Khabar pun sudah tak siar komen-komen Tun M.

Mat: Depa cakap untuk pengetahuan dunia saja.

Gedembai: Lain cakap. lain maksudnya.Pak Longhttp://www.blogger.com/profile/11412539779430671888noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-1164250129142056402006-11-23T10:31:00.000+08:002006-11-23T10:49:56.336+08:00Tak Sempat DijampiSekarang ini cuti akhir tahun persekolahan. Sekarang ini juga para pelajar tingkatan lima sedang sebok dengan pepereksaan SPM dan yang bersamaan dengannya. Ketika mereka sebok menjawab soalan, hati ibubapa mereka juga turut rasa gelisah. Harapan agar anak mereka dapat memberikan jawapan yang betul dan memperolehi keputusan yang cemerlang selalu menjadi do'a mereka.

Pak Abu: Talib, dengar cerita ada anak hang yang ambik pereksa SPM.

Pak Talib: Ada. si Samat tu.

Pak Abu: Aku tengok Samat tu cerdek. Tentu dia boleh skor nanti.

Pak Talib: Entahlah Abu. Hari tu setiap malam dia berjaga. Aku ingat tentulah dia sedang membaca buku ...

Pak Abu: Dia buat apa?

Pak Talib: Dia berjaga tengok perlawanan bolasepak piala dunia.

Pak Abu: isy.... budak-budak la ni. Bagi dia main bola pun takpa. Gaji pemain boleh pun aku dengar mahai juga.

Pak Talib: Kalau pandai main bola. Hang nak tau, aku baru-baru ni, ada beli pensel, getah pemadam dan gula-gula 'Hack'.

Pak Abu: Hang nak buat apa tu.

Pak Talib: Ada orang cerita Ustaz Ahmad kat simpang tu pandai buat do'a penerang hati. Bila dah redi nak pi, pereksa dah mula. Tak sempat la. Budak tu pun tak habaq awai-awai.

Pak Abu: Jampi saja tak cukup untuk lulus pereksa Talib oi. Kalau tak baca buku sekolah tak boleh jawab soalan pereksa tu.

Gedembai: Ibubapa akan buat apa saja, asalkan anak mereka berjaya. Kalaulah si anak faham perasaan ibubapa......Pak Longhttp://www.blogger.com/profile/11412539779430671888noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-1164097695336642252006-11-21T16:06:00.000+08:002006-11-21T16:28:15.346+08:00Asalkan Jadi DuitDi dalam akhbar "Berita Harian" hari ini ada berita mengenai kesah ibu bapa 17 mat rempit disaman oleh Polis kerana membenarkan anak bawah umur mereka menunggang motosikal tampa lesen dan cukai jalan. Kerana tingkah laku anak-anak, ibu bapa yang terpaksa menanggung akibat perbuat mereka. Ibu bapa mesti tahu atau ambil tahu apa yang anak mereka lakukan. Ini adalah kerana perbuatan anak-anak akan melibat ibu bapa.

Pak Abu: Ooi Muthu..... (memanggil kawannya Muthu yang melintas depan gerai) Muthu pun datang.

Pak Abu: Apa pasai tangan hang berbalut?

Muthu: Sudah patah.

Pak Abu: Pasai apa? Eksiden ka?

Muthu: Moto ada jatuh juga. Itu sana punya simpang punya dekat.

Pak Abu: Jatuh. Hang belaga dengan apa?

Muthu: Belaga tarak. Itu simpang mau koner punya jam, ini depan punya tayar lubang sudah masuk

Pak Abu: Lubang apa. Hang mabuk kot.

Muthu: Mana ada mabuk. Itu besi lubang tutup punya, orang sudah kasi curi.

Pak Abu: Besi tutup longkang pun depa curi. Yang susah ni orang macam kita. Hang patut pi marah kat geng hang yang dok niaga besi buruk tu. Kalau depa tak beli, tentu tak ada orang juai.

Muthu: Saya pun tak tau apa mau cakap. Kalau dia orang tak juai, tuntu dia orang tarak beli.

Gedembai: Dulu ada seorang besar kata dia tak tau anak dia berniaga apa. Bila orang kata anak dia dapat projek kerajaan, dia kata tak betul. Akhirnya bila ada orang tunjuk bukti dia terpaksa mengaku juga. Kalau orang besar pun tak tau anak dia buat apa macam mana pula?Pak Longhttp://www.blogger.com/profile/11412539779430671888noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-1163993564917963402006-11-20T11:18:00.000+08:002006-11-20T11:32:44.973+08:00Musim KenduriSebaik saja sekolah-sekolah mula percutian akhir tahun, maka musim kenduri pun bermula. Sekarang ini banyak sangat orang buat kenduri. Ada kenduri kahwin. Ada kenduri berkhatan. Ada kenduri kerana hendak ke Mekah. Dan bermacam-macam jenis kenduri lagi. Pendek kata bagi yang ada penyakit tekanan darah tinggi tu kenalah beringat sikit. Kurangkan makan daging dan masakan yang berminyak.

Pak Abu: Aku kesian tengok kawn kita Hassan tu ......

Pak Ali: Awatnya.

Pak Abu: Dah seminggu kehulu kehilir dok cari buah moktan.

Pak Ali: Dia nak buat apa dengan buat moktan tu? Nak buat jem?

Pak Abu: Anak dia yang mengandong tu teringin sangat nak makan. Mengidam.

Pak Ali: Kes berat. La ni bukan musim moktan.

Pak Abu: Tu yang aku kesian sangat kat Hassan tu. Aku cadang dia beli moktan dalam tin saja.

Pak Ali: Orang pompuan ni, kalau mengidam benda yang susah nak dapat, cukup kacau. Tu tak ambik kira yang mengidam benda yang pelik-pelik. Macam mengidam nak makan periok ke apa ke.

Gedembai: Kalau yang mengidam nak kaya dengan mengharapkan projek kerajaan dalam rancangan Malaysia ke9 lagi teruk. Sanggup membodek dan pijak kepala kawan lagi.Pak Longhttp://www.blogger.com/profile/11412539779430671888noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-1163658783901525302006-11-16T14:19:00.000+08:002006-11-16T14:34:26.580+08:00Kenaikan Harga Minyak Jadi AlasanPak Abu: Kepala baru nampaknya kawan kita hari ni.

Hassan: Baru lepas gunting rambut. Tapi saya terasa nak lempiang Tuakng Gunting tu.

Pak Abu: Awat pulak? Dia gunting tak ikut fesyen hang ka?

Hassan: Bukan pasai tu.

Pak Abu: Habis tu, pasai apa pulak?

Hassan: Ada kah patut dia penaik harga. Dulu kalau gunting dia charge RM5.00. La ni dia dah naik 50 sen. Jadi RM5.50.

Pak Abu: Hang tak tanya dia pasai apa naik.

Hassan: Tanya. Dia kata naik pasai harga minyak naik. Adakah patut. Bukan dia guna minyak petrol atau diesel pun kat kepala saya.

Pak Abu: La......

Gedembai: Bila kerajaan naikan haraga minyak petrol dan diesel, peluang ini digunakan oleh para peniaga sebagai alasan untuk turut menaikan harga jualan atau perkhidmatan mereka. Penyokong kerajaan pun tahu kejadian ini, tetapi masih tetap dengan " Kami Sokong" juga.Pak Longhttp://www.blogger.com/profile/11412539779430671888noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-19738501.post-1163559048048210242006-11-15T10:30:00.000+08:002006-11-15T13:38:27.376+08:00Jangan Terlalu Mengharap Kemenangan KamiPak Abu: Amboi lama sungguh Gedembai tutup kedai. Nak jumpa kawan-kawan pun susah. Ada tempat ni boleh juga sembang-sembang atau bertanya habaq.

Pak Ali: Memang lama sungguh. Aku ni, hang nak tau, hari-hari aku mai. Dok keliting kot-kot ada orang.

Pak Abu: Hari tu ada juga Gedembai kata, dia dok tunggu Pak Seman renobet kedai dia.

Pak Ali: Cerita apa pula hari ni?

Pak Abu: Hari ni kita sembang bab bolasepak. Hari tu pasukan bawah 18 tahun kita ada pi lawan di Bangalore India.

Pak Ali: Depa kalah juga.

Pak Abu: Bila ditanya kepada salah seorang pemain mengenai kekalahan ni. Dia kata mereka tak boleh main di bawah tekanan. Semua orang mengharapkan kemenangan. Depa jadi gelabah. Depa tak boleh main elok-elok.

Pak Ali: Lain kali kalau depa pi lawan lagi, semua orang pakat kata " jangan bagi menang. Kami suka hampa kalah".

Pak Abu: Aku sokong!

Pak Ali: Ai .... dah berjangkit penyakit dari penyokong Paklah kot.

Gedembai: Kalau nak sokong pun, kena tahu juga apa yang di sokong. Janganlah menyokong kerana hendak mengampu.Pak Longhttp://www.blogger.com/profile/11412539779430671888noreply@blogger.com1