27 November 2006

Sekadar Nak Bagi Dunia Tahu

Antara lain YAB. Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib dilaporkan berkata....( ketika berucap melancarkan akhbar Kosmo! peringkat negeri Pahang) "Kita sebagai pemimpin, sebagai manusia biasa pun, kalau tidak ada pihak yang sanggup menegur kita, mu.ngkin kita akan terbawa-bawa dengan kedudukan kita," (lihat .http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=232314)

Pak Abu: Hang nak pi mana ni Mat. Galas kamera sampai dua biji tu?

Mat: ( Mat ialah seorang wartawan sambilan ) Nak pi Kuala Kedah. Cari berita pasai feri berlanggar tu.

Pak Abu: Hangpa la nih kerana pandai cari berita. hangpa la ni dah boleh tulis pandangan orang ramai terharap kerajaan. Kerajaan dah sanggup dengar rungutan rakyat.

Mat. Kita tulis pun bukannya dijamin diterima untuk siaran oleh Pengarang. Pengarang masih tak berani tak kritik.

Pak Abu: Betui juga. Kalau depa secara jujurnya sanggup dengar kritikan rakyat tentu depa tak layan Tun Dr. Mahathir macam depa dok buat la ni. Surat Khabar pun sudah tak siar komen-komen Tun M.

Mat: Depa cakap untuk pengetahuan dunia saja.

Gedembai: Lain cakap. lain maksudnya.

23 November 2006

Tak Sempat Dijampi

Sekarang ini cuti akhir tahun persekolahan. Sekarang ini juga para pelajar tingkatan lima sedang sebok dengan pepereksaan SPM dan yang bersamaan dengannya. Ketika mereka sebok menjawab soalan, hati ibubapa mereka juga turut rasa gelisah. Harapan agar anak mereka dapat memberikan jawapan yang betul dan memperolehi keputusan yang cemerlang selalu menjadi do'a mereka.

Pak Abu: Talib, dengar cerita ada anak hang yang ambik pereksa SPM.

Pak Talib: Ada. si Samat tu.

Pak Abu: Aku tengok Samat tu cerdek. Tentu dia boleh skor nanti.

Pak Talib: Entahlah Abu. Hari tu setiap malam dia berjaga. Aku ingat tentulah dia sedang membaca buku ...

Pak Abu: Dia buat apa?

Pak Talib: Dia berjaga tengok perlawanan bolasepak piala dunia.

Pak Abu: isy.... budak-budak la ni. Bagi dia main bola pun takpa. Gaji pemain boleh pun aku dengar mahai juga.

Pak Talib: Kalau pandai main bola. Hang nak tau, aku baru-baru ni, ada beli pensel, getah pemadam dan gula-gula 'Hack'.

Pak Abu: Hang nak buat apa tu.

Pak Talib: Ada orang cerita Ustaz Ahmad kat simpang tu pandai buat do'a penerang hati. Bila dah redi nak pi, pereksa dah mula. Tak sempat la. Budak tu pun tak habaq awai-awai.

Pak Abu: Jampi saja tak cukup untuk lulus pereksa Talib oi. Kalau tak baca buku sekolah tak boleh jawab soalan pereksa tu.

Gedembai: Ibubapa akan buat apa saja, asalkan anak mereka berjaya. Kalaulah si anak faham perasaan ibubapa......

21 November 2006

Asalkan Jadi Duit

Di dalam akhbar "Berita Harian" hari ini ada berita mengenai kesah ibu bapa 17 mat rempit disaman oleh Polis kerana membenarkan anak bawah umur mereka menunggang motosikal tampa lesen dan cukai jalan. Kerana tingkah laku anak-anak, ibu bapa yang terpaksa menanggung akibat perbuat mereka. Ibu bapa mesti tahu atau ambil tahu apa yang anak mereka lakukan. Ini adalah kerana perbuatan anak-anak akan melibat ibu bapa.

Pak Abu: Ooi Muthu..... (memanggil kawannya Muthu yang melintas depan gerai) Muthu pun datang.

Pak Abu: Apa pasai tangan hang berbalut?

Muthu: Sudah patah.

Pak Abu: Pasai apa? Eksiden ka?

Muthu: Moto ada jatuh juga. Itu sana punya simpang punya dekat.

Pak Abu: Jatuh. Hang belaga dengan apa?

Muthu: Belaga tarak. Itu simpang mau koner punya jam, ini depan punya tayar lubang sudah masuk

Pak Abu: Lubang apa. Hang mabuk kot.

Muthu: Mana ada mabuk. Itu besi lubang tutup punya, orang sudah kasi curi.

Pak Abu: Besi tutup longkang pun depa curi. Yang susah ni orang macam kita. Hang patut pi marah kat geng hang yang dok niaga besi buruk tu. Kalau depa tak beli, tentu tak ada orang juai.

Muthu: Saya pun tak tau apa mau cakap. Kalau dia orang tak juai, tuntu dia orang tarak beli.

Gedembai: Dulu ada seorang besar kata dia tak tau anak dia berniaga apa. Bila orang kata anak dia dapat projek kerajaan, dia kata tak betul. Akhirnya bila ada orang tunjuk bukti dia terpaksa mengaku juga. Kalau orang besar pun tak tau anak dia buat apa macam mana pula?

20 November 2006

Musim Kenduri

Sebaik saja sekolah-sekolah mula percutian akhir tahun, maka musim kenduri pun bermula. Sekarang ini banyak sangat orang buat kenduri. Ada kenduri kahwin. Ada kenduri berkhatan. Ada kenduri kerana hendak ke Mekah. Dan bermacam-macam jenis kenduri lagi. Pendek kata bagi yang ada penyakit tekanan darah tinggi tu kenalah beringat sikit. Kurangkan makan daging dan masakan yang berminyak.

Pak Abu: Aku kesian tengok kawn kita Hassan tu ......

Pak Ali: Awatnya.

Pak Abu: Dah seminggu kehulu kehilir dok cari buah moktan.

Pak Ali: Dia nak buat apa dengan buat moktan tu? Nak buat jem?

Pak Abu: Anak dia yang mengandong tu teringin sangat nak makan. Mengidam.

Pak Ali: Kes berat. La ni bukan musim moktan.

Pak Abu: Tu yang aku kesian sangat kat Hassan tu. Aku cadang dia beli moktan dalam tin saja.

Pak Ali: Orang pompuan ni, kalau mengidam benda yang susah nak dapat, cukup kacau. Tu tak ambik kira yang mengidam benda yang pelik-pelik. Macam mengidam nak makan periok ke apa ke.

Gedembai: Kalau yang mengidam nak kaya dengan mengharapkan projek kerajaan dalam rancangan Malaysia ke9 lagi teruk. Sanggup membodek dan pijak kepala kawan lagi.

16 November 2006

Kenaikan Harga Minyak Jadi Alasan

Pak Abu: Kepala baru nampaknya kawan kita hari ni.

Hassan: Baru lepas gunting rambut. Tapi saya terasa nak lempiang Tuakng Gunting tu.

Pak Abu: Awat pulak? Dia gunting tak ikut fesyen hang ka?

Hassan: Bukan pasai tu.

Pak Abu: Habis tu, pasai apa pulak?

Hassan: Ada kah patut dia penaik harga. Dulu kalau gunting dia charge RM5.00. La ni dia dah naik 50 sen. Jadi RM5.50.

Pak Abu: Hang tak tanya dia pasai apa naik.

Hassan: Tanya. Dia kata naik pasai harga minyak naik. Adakah patut. Bukan dia guna minyak petrol atau diesel pun kat kepala saya.

Pak Abu: La......

Gedembai: Bila kerajaan naikan haraga minyak petrol dan diesel, peluang ini digunakan oleh para peniaga sebagai alasan untuk turut menaikan harga jualan atau perkhidmatan mereka. Penyokong kerajaan pun tahu kejadian ini, tetapi masih tetap dengan " Kami Sokong" juga.

15 November 2006

Jangan Terlalu Mengharap Kemenangan Kami

Pak Abu: Amboi lama sungguh Gedembai tutup kedai. Nak jumpa kawan-kawan pun susah. Ada tempat ni boleh juga sembang-sembang atau bertanya habaq.

Pak Ali: Memang lama sungguh. Aku ni, hang nak tau, hari-hari aku mai. Dok keliting kot-kot ada orang.

Pak Abu: Hari tu ada juga Gedembai kata, dia dok tunggu Pak Seman renobet kedai dia.

Pak Ali: Cerita apa pula hari ni?

Pak Abu: Hari ni kita sembang bab bolasepak. Hari tu pasukan bawah 18 tahun kita ada pi lawan di Bangalore India.

Pak Ali: Depa kalah juga.

Pak Abu: Bila ditanya kepada salah seorang pemain mengenai kekalahan ni. Dia kata mereka tak boleh main di bawah tekanan. Semua orang mengharapkan kemenangan. Depa jadi gelabah. Depa tak boleh main elok-elok.

Pak Ali: Lain kali kalau depa pi lawan lagi, semua orang pakat kata " jangan bagi menang. Kami suka hampa kalah".

Pak Abu: Aku sokong!

Pak Ali: Ai .... dah berjangkit penyakit dari penyokong Paklah kot.

Gedembai: Kalau nak sokong pun, kena tahu juga apa yang di sokong. Janganlah menyokong kerana hendak mengampu.

Kunci Hilang!

Gedembai minta maaf banyak-banyak kerana lama tak bukan gerai kopi ini. Bukan kerana modal sudah kehabisan atau gerai kena roboh oleh pehak berkuasa kerajaan tempatan.

Gerai ini tak dapat dibuka kerana kehilangan kunci.

Kini dah jumpa kuncinya. InsyaAllah akan dibuka semula.

Mailah......