20 November 2006

Musim Kenduri

Sebaik saja sekolah-sekolah mula percutian akhir tahun, maka musim kenduri pun bermula. Sekarang ini banyak sangat orang buat kenduri. Ada kenduri kahwin. Ada kenduri berkhatan. Ada kenduri kerana hendak ke Mekah. Dan bermacam-macam jenis kenduri lagi. Pendek kata bagi yang ada penyakit tekanan darah tinggi tu kenalah beringat sikit. Kurangkan makan daging dan masakan yang berminyak.

Pak Abu: Aku kesian tengok kawn kita Hassan tu ......

Pak Ali: Awatnya.

Pak Abu: Dah seminggu kehulu kehilir dok cari buah moktan.

Pak Ali: Dia nak buat apa dengan buat moktan tu? Nak buat jem?

Pak Abu: Anak dia yang mengandong tu teringin sangat nak makan. Mengidam.

Pak Ali: Kes berat. La ni bukan musim moktan.

Pak Abu: Tu yang aku kesian sangat kat Hassan tu. Aku cadang dia beli moktan dalam tin saja.

Pak Ali: Orang pompuan ni, kalau mengidam benda yang susah nak dapat, cukup kacau. Tu tak ambik kira yang mengidam benda yang pelik-pelik. Macam mengidam nak makan periok ke apa ke.

Gedembai: Kalau yang mengidam nak kaya dengan mengharapkan projek kerajaan dalam rancangan Malaysia ke9 lagi teruk. Sanggup membodek dan pijak kepala kawan lagi.

2 comments:

Anonymous said...

kalu kita perasan kan,boleh katakan seme kedai hardware dimonopoli kaum cina.so,jgn ingat RMK9 tu dapat kat kita jer.kaum diorang lagi banyak dapat.

Pak Long said...

Memang pun sebagai daripada kos untuk projek itu akan dapat juga kepada pemborong hardware. Apa yang dikuatiri kesemuanya dapat kepada mereka.

Kaum bumi tinggal seredak saja.