19 February 2009

Lain ulu lain padang

Dari tadi Pak Ali ternanti-nanti kawannya Pak Hassan. Agak lama juga mereka tidak minum bersama di gerai kopi ini. Lama juga. Dah hampir empat lima bulan. Kopi susu atas meja depanya pun sudah kurang panas. Dihirupnya sikit kopinya. Matanya masih terpaku ke jalan raya. Masih mengharapkan kawannya datang.

Dalam menungnya menanti kawannya, Pak Ali teringat ke masa silam. Dulu-dulu keadaan politik di negeri ini tidaksekalut seperti sekarang. Yang menang dan yang kalah menerima ketentuan masing. Tunggu empat atau lima tahun akan datang untuk mengadu nasib. Untuk sabut timbul, untung batu timbul.

Sekarang ini yang kalah pun sudah berlagak seperti mereka menang. Mereka tuntut itu dan ini. Ada saja helah mereka untuk membuat yang menang tidak dapat menjalankan kewajiban. Bagitu juga yang memang. Mereka mencari jalan dan usaha agar yang kalah akan terus tenggelam. Bila begini keadaanya bila masa pula hendak berkhidmat untuk rakyat.

Pada hemat Pak Ali sekarang ini orang masuk berpolitik tidak lagi untuk berkhimat kepada masyarakat. Mereka berpolitik sebagai satu kerjaya. Berpolitik kerana "cari makan".

Gedembai: Ekonomi semakin gawat. Peniaga mengeloh kurang pelanggan. Bila perniagaan kurang memuaskan, pekerja terpaksa dihentikan. Apa nak jadi. Orang politik masih syok sesama kumpulan mereka.

1 comment:

AloQStaQ said...

Gedembai dan Pak Ali,


Sekarang nampaknya politik dah semakin kotor dan semakin tak tentu arah disebabkan puak yang "hilang kuasa" telah menjadi sawan ... tapi yang "baru dapat kuasa" pulak tak berapa nak kuat kuasanya ... caca marba la rakyat ...


Dikesempatan ini, aku nak jemput blogmaster dan semua pelayar siber yang sayangkan Agama, Bangsa & Tanahair ke web KMU (Kelab Maya UMNO).

Jom kita sama-sama bincangkan di www.KMU.net.my ATAU www.UMNO.net

jemput masuk ... :)

AloQStaQ