22 February 2009

Belek juga diri sendiri

Seperti hari-hari Jumaat yang lain, pada hari Jumaat lepas Pak Ali ke pasar besar untuk membeli keperluan sayur dan ikan. Mungkin hari Jumaat adalah hari cuti Am bagi negeri ini, maka hari Jumaat memang ramai orang di pasar. Pada hari Jumaat juga terdapat banyak sayur dan ikan yang dijual.

Harga ikan pula sekarang ini sudah tidak seperti dulu. Ikan termenong (ada juga yang panggil ikan kembong) dulu boleh dapat dalam harga 3.00 atau 4.00 ringgit sekilo. Sekarang ini jangan mimpi hendak beli dengan harga itu. Paling murah pun 6 ringgit. Ada suatu ketika harganya melambung sehingga 11.50 sekilo. Kalaulah begini mahalnya harga ikan, agaknya nelayan yang menangkap ikan tidaklah sesusah sekarang ini seperti dulu-dulu juga. Nelayan tidak untung banyak. Yang untung peraih dan peniaga.

Sesuatu ketika dulu, dua atau tidak bulan sebelum diadakan PRU ke 12, ada juga pemuda-pemuda ber berbaju T kuning akan berkampung di Pasar ini meminta orang ramai menandatangani petisyen untuk memaksa Kerajaan menurunkan harga barang. Kononya harga barang naik kerana kerajaan yang menaikannya.

Pak Ali pernah juga dihampiri seorang pemuda berbaju T warna kuning.

Pemuda berbaju T kuning: " Pak Cik mari sama-sama kita petisyen untuk turun harga barang"

Pak Ali: " kalau sain harga boleh turun ka?"

Pemuda: " Kalau orang ramai minta, mesti kerajaan kita ikut."

Pak Ali: " Yang jual mahal tu peniaga, bukan Kerajaan..."

Pemuda: " Kerajaan boleh paksa peniaga turunkan harga."

Pak Ali: " Kalau macam tu, awak minta penyokong parti awak dulu menjual dengan harga murah. Kalau depa boleh tentu peniaga dari parti lain akan ikut. Janganlah minta orang lain jual murah, sedangkan peniaga dari parti sendiri masih juga ikut sama jual mahal."

Terdiam Pemuda tadi.....


Gedembai: Jangan nampak kesalahan dan kelemahan orang lain saja. Tengok juga pada dari sendiri.

No comments: