19 November 2007

Penyapu

Pada ketika ini, di mana-mana saja orang bercakap mengenai penyapu. Benda yang dimanakan penyapu ini bukanlah alatan rekaan baru. Bukanlah benda yang dibawa balik dari Angkasa lepas. Benda ini telah lama direka dan digunakan sebagai alat untuk membersih sampah atau yang seumpama dengannya.

Penyapu telah menarik perhatian orang sekarang ini kerana tindakan YAB Menteri Besar Selangor menghadiahkannya kepada Agensi Kerajaan yang tidak menunjukkan prestasi yang baik. Niat atau nawaitu pemberian ini bukanlah hendak menjatuhkan maruah sesiapa. Ianya adalah simbulik bahawa agensi berkenaan perlu melakukan pembersihan cara-cara anggotanya berkerja.

Orang ramai merungut mengatakan hadiah merupai penyapu tak sepatutnya diberikan kerana bagi sebahagian manusia hadiah seperti ini menghinakan. Dilapurkan juga Ketua agensi berkenaan rela bersara awal kerana perasaan seperti ini.

Oleh kerana niatnya baik, maka eloklah di masa-masa akan datang ditukarkan penyapu ini dengan "vacum cleaner" saja. Mungkin kurang bantahannya.

13 November 2007

Selamat Tinggal 1 sen

Dengar cerita mulai 1 April, tahun 2008 duit syiling 1 sen tidak boleh gunakan lagi. Harga barangan selepas tarikh itu akan digenapkan ke 5 sen.

Bila pengeluaran syiling 1 sen dihentikan, maka Kerajaan dapat membuat penjimatan yang agak banyak juga.

Tapi kalau ada 99 sen masih juga kurang 1 sen untuk dikatakan seringgit.

05 November 2007

Dah bermula

Masa untuk mereka cakap sudah bermula. Pelbagai kata-kata yang membangkit semangat akan kedengaran. Semuanya akan bermatlamat untuk memajukan bangsa.

Akan kedengaran untuk tepukan yang gemuruh. Gamat. Bila ada para perwakilan berucap dengan selitan lawak jenaka, yang dengar akan ketawa luas hingga ternampak anak lidah.

Bila habis persidangan, apa pun tidak ada perbezaan. Macam sebelum mereka bersidang juga.

29 July 2007

Tulislah yang elok-elok

Dalam surat khabar, sejak akhir-akhir ini macam sangat tersiar berita mengenai "Blogger" dengan "blognya". Ianya menjadi isu berita akhbar sejak laporan polis yang dibuat oleh Pegawai Penerangan UMNO, Malaysia terhadap pengendali blog " Malaysia dot net".

Laporan yang dibuat oleh Pegawai Penerangan UMNO, Malaysia, kerana katanya "Malaysia dot net" menghina Yang di-Pertuan Agong dan Agama Islam.

Aku setuju sangat dengan tindakan Pegawai Penerangan UMNO, Malaysia itu. Sememangnya sebagai rakyat Malaysia sesiapa pun akan marah bila Yang di-Pertuan Agong dihina. Semua orang Islam akan marah bila agama Islam dihina.

Yang aku terkilan sikit ialah mengapa UMNO sahaja yang marah, sedangkan Yang di-Pertuan Agong pun Raja juga bagi parti politik lain seperti MCA, Gerakan, DAP, KeAdilan dan sebagainya. Kalau masa ke balai polis untuk membuat laporan hari tu, Pegawai Penerangan UMNO, Malaysia, bawa juga pemimpin parti politik dalam BN yang lain sama lagi baik.

Kerajaan tidak menghalang orang hendak menulis dalam blog. Tetapi hendaklah tulis perkara yang tidak menyakit hati orang. Aku berjanji pada diri aku sendiri aku akan tulis mengenai yang baik-baik sahaja.

Di kedai-kedai kopi sekarang ini orang dok sembang mengenai pilihanraya sudah dekat. Depa kata, depa yakin dekat sangat kerana depa tengok ramai juga wakil rakyat sudah mula melawat kawasan. Yang berangan nak jadi wakil rakyat pun ada juga dok tinjau-tinjau.

Kalau aku tulis mengenai perkara ini, tentulah ianya akan dianggap tak elok, kerana wakil rakyat tinjau kawasan bukan kerana pilihanraya dah dekat. Memang kawasan dia, dia kena tinjaulah, walaupun sebelum ini dia tak tinjau kerana sebuk.

23 February 2007

Menanti Penoh Harapan

Baginilah keadaannya setiap pagi. Tajuk bualan beberapa orang pelanggan tetap gerai ini ialah mengenai kenaikan gaji. Mereka mengharapkan kenaikan gaji yang telah banyak kali dihebohkan akan diberikan oleh kerajaan.

Mereka tahu pehak kesatuan sekerja yang menjadi harapan mereka untuk berjuang kenaikan gaji telah pun mengemukakan permohonan. Kerajaan pun sudah berjanji akan memberi perhatian dan menunaikannya mengikut kadar kemampuan kerajaan.

Bila ditanya adakah mereka yang mengharapkan perjuangan kesatuan itu ahli kesatuan. Mereka dengan selamba akan menjawab "tidak".

Mereka hanya mengharap orang lain berjuang dan mereka memungut hasil.

Gedembai: Kalau kenaikan gaji yang diharapkan itu hanya beberapa peratus dan tidak seperti yang mereka impikan, marahnya kepada kesatuan.

14 January 2007

Kerana Kemiskinan

Seorang pelajar tahun enam disebuah sekolah di Miri, Serawak telah menggantung dirinya. Tindakannya membunuh diri adalah dipercayai kerana keciwa tidak mempunyai wang untuk membayar yuran sekolahnya. Ketika pemerintah melaungkan berbillion ringgit telah tersedia untuk projek-projek dalam Rancangan Malaysia ke 9, rupanya ada lagi yang miskin sehingga hendak bayar yuran sekolah pun tak berkemampuan.