Kehebatan sambutan ulangtahun ke 60 RTM anjuran Kedah fm selama 2 hari mulai 13 hingga 14 Mei 2006 menjadi bualan orang ramai. Rata-rata orang bercakap mengenai ramainya pengujung. Maklumlah kemudahan siaran radio (Kedah fm) telah digunakan sepenuhnya untuk membuat uar-uar mengenai sambutan ini.
Pak Abu: Ali hang pi tengok ulangtahun RTM kemarin?
Pak Ali: Pi. Mesti pi. Orang rumah aku tak senang duduk. Asyik dok ajak pi saja.
Pak Abu: Aku tak pi. Aku lalu saja. Tengok barisan kereta tepi jalan dah cuak. Nak kena parking kereta lebih sekilometer dari pagar RTM. Hang tengok apa?
Pak Ali: Aku tengok orang berkaoke sat. Lepas tu aku pi tengok orang buat demo masakan.
Pak Abu: Depa masak apa?
Pak Ali: Masak kek dan biskut raya. Banyak juga laku buku resepi yang depa juai.
Pak Abu: Pandai juga depa buat duit.
Gedembai: Buku resepi himpun buat koleksi. Buat kueh hanya sekadar tunjuk jari.
15 May 2006
Buku resepi
Posted by Pak Long at 9:50 AM 1 comments
11 May 2006
Hanyut
Pak Abu melihat gelagat seorang pemuda bernama Ahmad yang sedang merantaikan basikalnya ke tiang kakilima Kedai Kopi. Bersugguh-sungguh nampaknya Ahmad merantaikan basikalnya.
Pak Abu: Amboi Mat, hang takut basikalnya hilang kah?
Ahmad: Gitulah Pak Abu. Dua dalam satu.
Pak Abu: Apa pula yang lagi satu.
Ahmad: Pak Abu tak baca berita dalam surat khabar kot.
Pak Abu: Berita apa pula. Aku baca, tak dak pun cerita mengenai basikal.
Ahmad: Akibat banjir kilat, banyak kereta dihanyutkan air.
Pak Abu: Ooh yang tu.
Gedembai: Negara bertambah maju. Air banjir naik bertambah laju.
Posted by Pak Long at 9:53 AM 0 comments
09 May 2006
Biasa lah tu
Ahmad: Malaysia tak sempat ke Separuh Akhir Piala Thomas. Mulanya dah elok. Tapi penyudah kurang.
Dollah: Malaysia nih kalau bab kalah memang perkara biasa. Kalau memang. Pooooh ..... heboh sebulan. Sampai nelayan tengha laut pun dok sembang bab tu.
Gedembai: Memang sekali sekala heboh sampai bila-bila. Lepas tu lelah. Lawan pula pastinya kalah.
Posted by Pak Long at 10:43 AM 1 comments
08 May 2006
Hilang kemana?
Pak Abu: Menteri pun hairan kemana hilangnya gula. Gula susah nak dibeli sekarang ini.
Pak Ali: Aku nak beli dua kilo pun tak dapat. Kedai tu bagi sekilo saja.
Pak Abu: Depa sorok untuk menaikan harga kot.
Pak Ali: Boleh jadi juga. Kastam pun sedang siasat la ni.
Pak Abu: Kalau Kerajaan umum kenaikan harga. Kilang tak hantar pun, gula mesti banyak di kedai. Agaknya bila harga naik, gula turun dari langit kot.
Gedembai: Kurangkan gula dalam makanan bukan boleh membawa maut pun.
Posted by Pak Long at 12:47 PM 0 comments
07 May 2006
Kita saja yang pandai
Pak Ali : Dalam Parlimen mereka kata berlaku banyaknya penyeludupan di negara ini kerana penguatkuasa kita kurang berkesan.
Pak Hassan : Macam-macam depa kata. Ada juga yang mencadangkan penguatkuasa mesti bertindak proaktif dengan menyamar dan macam-macam lagi.
Pak Ali : Pendek kata semua yang penguatkuasa buat tak berkesan.
Pak Hassan : Tapi bila penguatkuasa tangkap orang yang melanggar undang-undang ada pula Ahli Parlimen pergi merayu supaya orang penguatkasa "pejam sebelah mata" untuk meringankan hukuman.
Pak Ali : Alasan dia, kalau rampas barangan yang dia cuba bawa masuk nanti perniaga berkenaan rugi besar. Kalay nak denda pun dikenakan kompuan tak mengapalah.
Pak Hassan : La! Dah buat salah biarlah orang penguatkuasa buat kerja mereka.
Pak Ali : Ahli Parlimen itu kata, dia hanya hendak bantu peniaga bumiputra.
Pak Hassan : Mana boleh bantu peniaga dengan cara melanggar undang-undang negara.
Gedembai: Jangan pandai kata orang tak reti buat kerja, kalau kita sendiri tak tahu cara orang buat kerja.
Posted by Pak Long at 10:14 AM 0 comments
04 May 2006
Duduk diam-diam sudahlah
Pak Ali: Ada seorang menteri merayu agar TDM tidak membuat kritikan secara terbuka terhadap kerajaan.
Pak Husin: Ya lah. Akhir-akhir ini ada TDM membuat kritikan mengenai pembatalan pembinaan Jambatan menggantikan tambak johor....
Pak Ali: TDM kata sebagai rakyat biasa, dia berhak menyuarakan pandangannya.
Pak Husin: TDM tak setuju kita hendak buat Jambatan di sebelah kawasan kita pun kena ada keizian Singapore. Kerajaan kata, pembatalan Jambatan itu kerana rakyat tidak setuju.
Pak Ali: Bukan rakyat tidak setuju pembinaan Jambatan. Rakyat tidak setuju menjual pasir dan memberi ruang udara kepada Singapore sedangkan sudah ada ura-ura kerajaan sudah setuju dengan permintaan Singapore.
Pak Husin: Kalau TDM yang membuat kritikan dirayu supaya dihentikan, Kritikan dari parti pembangkang macam mana pula? Nak disuruh diam juga?
Posted by Pak Long at 10:06 PM 0 comments